Assalamualaikum
Minggu ini merupakan minggu pertama saya perlu membuat tugasan selepas 3 minggu berada di Universiti Kebangsaan Malaysia ini. Minggu pertama saya hanya diterangkan mengenai keseluruhan subjek ini melalui proforma yang diterangkan oleh penyelaras subjek ini serta mengisi nama untuk kelas mana yang perlu dihadiri. Minggu kedua merupakan minggu pertama saya masuk kelas secara 'official'nya. kelas pertama lebih kepada 'ice breaking', membentuk kumpulan dan membuat akaun mel eletronik Gmail. Kelas SR2 merupakan kelas saya yang terdiri dari 15 orang pelajar dan diajar oleh Dr. Siti Fatimah Mohd Yassin. Kami telah diagihkan kepada kumpulan kecil dan ahli kumpulan saya ialah Nur Atikah Izzati Mohd Hazizan dan Ahmad Afnan bin Ramli.
Untuk minggu ini, saya perlu berbincang dengan ahli kumpulan saya mengenai konsep dan fungsi komputer sebagai 'guru', 'pelajar', dan 'alat'. kami perlu mencari maklumat di 'google' dan membuat laporan di 'weebly' ini. Laporan ini boleh dilihat dalam 'page tugasan'. Weebly ini juga baru kami belajar dan mengetahui fungsinya hari ini.
Ini merupakan pengalaman saya yang pertama membuat blog dan saya perlu berterima kasih kepada subjek ini kerana memberi peluang untuk saya menjadi penulis blog. Blog ini bakal mengisahkan saya bersama ahli kumpulan untuk menyiapkan segala tugasan dan pengalaman dalam subjek Komputer Dalam Pendidikan ini selama 14 minggu sem 1 ini. Saya mengharapkan pembaca terhibur dengan blog ini.
Sekian terima kasih.